Friendship DIA 1C


Assalamualaikum sayang-2 ! Apa khabar ? SALAM AIDILADHA .. blom terlambat agy kan ?

*malam ni , lepas hantar akak wana naik bas , terasa bosan , then terasa rindu kat classmate yang telah lama tak jumpa , tak dengar berita , terasa nak post kat blog ... Aish .rindu aish .

apa ? wana amek kos apa ? okeh . wana amek DIPL.PERAKAUNAN atau dikenali DIA ... 3tahun dip , then sambung degree , insyALLAH , ada rezeki sambung master pulak .. aminnnn ... :D

classmate wana ada 31 member ... betol ke ? ada lelaki , ada pompuan .. pondan xde okeh ! kelas wana memang HAPPY GO LUCKY ... memang best gila belajar nga dyorang ... ni gambar comel-2, cantik-2 , hensem-2 dyorang . friendshipp never break okeh sayanggg !!


           ni masa event IM4U ... okeh . ni my classmate . comel-2 kan dyorg ? aish . rindu semua !

      ni pulak time berbuka puasa . sama2 berbuka puasa , RESTAURANT YUSOFF ... okeh . mana wana ? cuba cari .. hehe

me wif surieya ... okeh . samo negeri aish . TERENGGANU . :D 

ni our leader atau dikenali sebagai PAPA .

okeh . kami lagi . :) miss you all . 


atul , me , imah . :D

karnival HBU 111 . jangan cari saya . saya tak de . saya menyorok ... :)


ni salah dua orang budak laki kelas wana . afif dan arif . okeh , baju etak2 rupa macam CHONG WEI . :D

ni budak laki kelas wana . tak semua ada . 

sebelum study week .. ;')

kami semua ibarat satu keluarga yang bahagia . FIRST : kami ada MAMA DAN PAPA . then ABG LONG DAN KAK LONG , ANGAH ad , ACIK ad , ADIK pom ada . suka duka bersama selama 4 bulan . .. 

FOR DIA 1C : hOpe sem depan kita masih bersama . wana mohon kemaafan andai ada salah dan silap dan mohon kemaafan kalau dalam blog ni ada yang ada , ada yang tak de gambar . So sori . hope korang enjoy baca ok . ME LOVE YOU SAHABAT . 



di bilik kuliah ... kami bersama . <3 


ecah , kak long , su . :D


okeh sayang . enjoy yourself .. dan enjoy cuti semester okeh kawan-2 ... bye2 ... salam

Apa Itu Kawan ?




Assalamualaikum ... ap khabar ? sehat ? semoga sihat okeh . lama tak berBLOGGER .. sori .. dah sunyi blogger wana .. :( . mana semua wahai my followers ??

tajuk hari ini , KAWAN ? K.A.W.A.N ... ?



faham erti nya ? kawan memang penting dalam hidup kita selepas family .

Bagaimana anda perlu tahu tentang kawan sejati? Adakah hanya ketika anda dalam kesusahan atau ketika anda perlu seseorang untuk mendengar masalah anda? Hanya untuk itukah nilai kawan sejati bagi anda? Jom kita lihat perkara kawan sejati yang perlu korang tahu...

KAUNTER ADUAN
Dia boleh menjadi tempat anda mencurahkan segala-galanya. Ketika anda meluahkan isi hati di tengah malam pun dia tidak akan menrungut walaupun dia terpaksa menahan telinga mendengar anda membebel marahkan boyfriend atau girlfriend anda. Dia tetap setia mendengar walaupun dengan mata yang separuh pejam.

BURUNG HANTU
Tetap segar dan cergas untuk berbual dengan anda walaupun gangang telefon dah terasa panas di telinga. Jam telah menunjukkan pukul satu pagi tetapi dia masih mempunyai cerita untuk dikongsikan bersama anda.

PETI KESELAMATAN
Mulutnya seakan-akan dikunci rapat walaupun telah seribu satu malam rahsia telah anda curahkan kepadanya. Kamu boleh percaya 101% yang rahsia korang selamat dengannya. Biarlah macam mana kamu bergaduh dengan dia pun, rahsia anda tetap selamat.

TUKANG KEPOH
Bukan kepoh macamana pun! Tetapi setiap kali hari jadi anda mesti dia orang pertama yang akan merancang sambutan, mengingatkan akwan-kawan yang lain dan yang paling penting akan menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada anda.

INFORMASI TERKINI
Wah! Ini adalah salah satu sebab kenapa anda suka mempunyai kawan sejati sebab anda boleh lepak di kedai kopi sambil berborak dan bergossip cerita-cerita terkini tentang artis, kolej, awek atau balak yang baru berpindah di rumah sebelah. Malah sentiasa terasa diri korang up to date dengan ada aje informasi terkini yang disampaikan oleh kawan sejati anda.

PENGKRITIK HEBAT
Dia memang ayak jadi juri! Dia selamber je kritik cara anda berfesyen kalau orang lain tentu dah tergak-agak nak mengkritik anda. Dan yang peiknya teguran dia langsung tak menyebabkan darah korang naik 180.

JADI DIRI SENDIRI
Anda boleh menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura menjadi orang lain. Walau sesiapapun anda, walaupun tengah pokai tetapi dia tetap menganggap andalah kawan terbaik yang pernah dia jumpa. YES! Ini adalah buktinya yang dia memang kawan sejati anda.

Kawan sejati ini akan sentiasa anda untuk anda di mana jua anda berada dan takkan biarkan anda sudah begitu sahaja. Dia akan menolong anda sebaik mungkin yang dirinya mampu lakukan untuk anda seperti adik beradik yang sentiasa menolong adik beradiknya jikalau di dalam kesusahan dan tidak mengambil kisah langsung tentang apa yang anda lakukan dan jikalau benda itu salah dia akan tegur dengan cara yang baik dan jikalau jikalau benda yang anda lakukan itu baik dia akan memuji anda kerana membuat kebaikkan sehingga berterusan tanpa meminta-minta balasan yang setimpal.

Jikalau anda perasaan tentang kawan anda sebegitu, itulah KAWAN SEJATI ANDA... 
 

Blog Template by BloggerCandy.com